Akademi Fargoes ialah inovasi yang diasaskan oleh Fargoes Books pada tahun 2019, bertujuan untuk mengubah landskap pembelajaran konvensional ke arah landskap moden. Akademi Fargoes ditubuhkan untuk membangunkan kebolehpasaran pelajar dengan menghasilkan platform yang memperkasakan pelajar untuk lebih prihatin terhadap keputusan mereka dalam pencapaian akademik.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, Akademi Fargoes telah membentuk platform pendidikan secara digital dengan pakej yang sangat berpatutan untuk memenuhi keperluan semua pelajar di Malaysia agar dapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Akademi Fargoes juga berkolaborasi dengan guru-guru dan tutor terbaik di Malaysia bukan sahaja untuk membimbing pelajar di seantero negara malah memupuk nilai-nilai kerohanian dalam diri.
Kami berhasrat untuk membantu negara dalam melestarikan pendidikan dengan mewujudkan masyarakat minda kelas pertama yang progresif dan berpotensi untuk menjadi modal insan serta menyumbang kepada landskap sains dan teknologi dalam mendepani cabaran global.
Kami juga berazam untuk berkembang sebagai sebuah institusi atau kolej agar dapat membina
masa depan yang lebih baik untuk para guru dan
pelajar.
Industri pendidikan di Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma dengan menggabungkan pendidikan konvensional dan moden. Pelbagai institusi pendidikan sedang berubah ke arah pendidikan secara digital oleh sebab peningkatan landskap digital dalam beberapa tahun belakangan ini. Ketika inilah Fargoes, penerbit buku yang terkenal, melihat potensinya untuk menjadi penyelesaian kepada pasaran yang berkembang ini. Fargoes memahami bahawa kemudahan pendidikan ialah kunci untuk pembelajaran moden. Pada era ini, generasi muda lebih giat menggunakan teknologi moden, Fargoes telah mengenal pasti keperluannya untuk membentuk masyarakat berkaliber dengan menyatukan minat pelajar dan guru agar dapat meningkatkan keputusan akademik. Ideanya adalah untuk menyediakan wahana pembelajaran digital yang dapat meningkatkan kisah kejayaan pelajar sekolah melalui pengajaran moden dengan mudah. Hasilnya, Akademi Fargoes diperkenalkan secara rasmi.